Profil Syarikat

i-    Nama syarikat            :     Aura Imtiyaz Training & Consultancy
ii-   Tarikh didaftarkan       :     11 November 2009
iii-   No. pendaftaran         :     001906511-W
iv-   Web                          :     www.auraimtiyaz.blogspot.com

OBJEKTIF:

  • Meneroka potensi diri peserta dan membangkitkan aura sedia ada di dalam diri mereka melalui pendekatan yang efektif dan berkesan.
  • Membina kesedaran peserta tentang matlamat kehidupan mereka yang memerlukan setiap detik , masa dan upaya dimanfaatkan ke paras maksima.
  • Membantu para peserta mengenal kelemahan diri mereka dan mengubah kelemahan menjadi satu kelebihan.
  • Menjana dan menawarkan program berasaskan dwi-konsep iaitu duniawi dan ukhrawi

VISI:

  • Visi Aura Imtiyaz Training [&] Consultancy ialah menjadi sebuah syarikat yang aktif menawarkan dan mengelola program-program serta aktiviti-aktiviti yang mampu menjana modal insan ke tahap yang sepatutnya.

MISI:

  • Misi Aura Imtiyaz Training [&] Consultancy ialah mengubah arus masyarakat selari dengan kehendak syariat Islam yang universal dan menyeluruh. Program-program yang bermanfaat dan mempunyai impak yang maksima akan terus dipergiatkan bagi memastikan generasi pelapis berada di dalam arus yang positif dan membina.
Share |