Wednesday

Modul Kami

Modul A     >>   Projek Sentuhan Terbilang

Program yang mensasarkan barisan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan berpotensi tinggi dari sudut kepimpinan sebagai peserta. Mereka yang cemerlang berada dalam kehidupan luar biasa walaupun zahirnya mereka hanya pelajar biasa seperti kebanyakan yang lain. Elemen taqwa dalam motivasi ukhrawi adalah elemen yang akan diterapkan bagi memastikan sasaran ini sentiasa konsisten dengan mutu kecemerlangan dan tidak akan goyah di pertengahan , terutama apabila mereka berjaya mempraktikkan kecemerlangan dwi-konsep iaitu duniawi dan ukhrawi.


Modul B     >>    Porgram Aura Kecemerlangan

Modul yang dirangka khusus dengan meletakkan sasaran pelajar atau peserta yang berada dalam mood 'sejuk' sebagai sasaran. Mereka yang lemah semangat dan tiada kepercayaan pada diri kebiasaannya berpunca dari kegagalan mengaktifkan aura yang tersembunyi di dalam diri. Penekanan akan diberikan kepada usaha meneroka diri peserta sehingga berjaya membangkitkan aura terpendam di dalam diri masing-masing sebagai wasilah penting dalam mencapai kecemerlangan.


Modul C      >>    Sinergi Jiwa Bahagia

Putaran hidup menjanjikan suka dan duka yang tertimpa ke atas setiap orang. Dari situ timbul satu perkara yang dipanggil 'masalah'. Kegagalan menangani masalah akan membawa seseorang kepada penderitaan jiwa. Samada berat atau ringan , yang penting ia perlu dirawat. Aura Imtiyaz Training & Consultancy menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling secara individu atau kumpulan bagi memastikan penderitaan jiwa dapat diatasi dalam masyarakat. Jiwa yang sihat akan melahirkan keluarga dan masyarakat yang bahagia.


Modul D       >>     Projek Tautan Ukhwah

Modul yang dirangka khusus bagi golongan miskin dan anak yatim yang terpinggir dari perhatian masyarakat. Program yang dilaksanakan akan memberi fokus kepada usaha menggilap mereka untuk lahir sebagai individu yang positif dan berjiwa besar. Pelan tindakan juga akan memastikan golongan sasaran tidak menjadikan elemen tunggal dan kemiskinan sebagai penghalang kecemerlangan.


Modul E        >>     Explorace Huffaz

Program yang meletakkan golongan penghafaz Al-Quran di peringkat rendah dan menengah sebagai sasaran utama. Golongan penghafaz Al-Quran ( huffaz ) memiliki peratusan yang semakin bertambah dalam masyarakat , namun kewujudan mereka tidak dirasai dan bagaikan menjadi misteri. Modul ini dirangka khas bagi mengajak golongan huffaz melangkah sebagai barisan pertama dalam masyarakat. Pelan tindakan akan mensasarkan kepada konsep kepimpinan, motivasi diri dan pengurusan personaliti para huffaz bagi melahirkan huffaz yang maju, efektif, berintegriti dan berdaya saing.


______________________________________________________________

No comments:

Share |