Wednesday

Selamat Datang

Kami mengalu-alukan kunjungan anda!

Aura Imtiyaz Training & Consultancy merupakan sebuah syarikat yang konsisten dalam usaha melahirkan modal insan yang efektif dan berkualiti dalam masyarakat hari ini melalui program-program serta modul-modul yang telah dirangka khas bagi mencapai objektif tersebut.

Team Aura Imtiyaz Training & Consultancy terdiri daripada barisan tenaga muda yang aktif dan berpengalaman dalam pelbagai bidang motivasi , kepimpinan , kaunseling dan khidmat sosial. Kemahiran serta kepakaran digunakan ke tahap maksima bagi memastikan segala perancangan dan objektif terlaksana dengan jayanya.

Kami menawarkan khidmat latihan dan perundingan melalui pelbagai modul yang tersedia. Justeru kami mengalu-alukan anda untuk bekerjasama dengan kami dalam merencana dan melaksana sebarang program yang berteraskan dwi-konsep ( duniawi & ukhrawi ) sesuai dengan modul yang telah kami rangka.

Hubungi kami di sini.

______________________________________________

No comments:

Share |