Monday

Aura Imtiyaz Menyahut Cabaran CVT

Mengapa nama Aura Imtiyaz menjadi pilihan kami?

Sebelum ini, salah seorang trainer kami, Cik Nur Hanisah telah mengikuti Kursus Kecemerlangan CVT pada tahun 2008 yang telah diadakan di Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus kecemerlangan ini diadakan khusus untuk 50 orang pelajar cemerlang KTHO sekali gus menyelongkar potensi sebenar yang dimiliki dalam diri mereka. Dalam kursus ini, kami diajar Konsep Kenali Diri melalui Konsep Warna Diri dan kesannya dalam kehidupan, kaedah menyelongkar potensi sebenar yang dimiliki oleh seseorang individu, dan kaedah untuk 'mantain' cemerlang. Bagi memastikan Aura Imtiyaz terus bersama di lapangan umat dengan jayanya,  Insya Allah, trainer Aura Imtiyaz akan mengikuti kursus seterusnya bersama Profesor Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab pada bulan Ogos ini. Maka benarlah 'Aura Imtiyaz' menjadi pilihan kami...


Pengasas Colour Vibration Therapy


Professor Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21 April 1960. Beliau menempuh sejarah perjalanan kehidupan yang agak panjang sebelum mencapai kejayaan yang sering diungkap dan diimaginasikan bersama rakan seperjuangan dan kalangan penuntutnya. Pengalaman awal beliau agak berbeza dengan apa yang dilakukan di mana pada suatu masa beliau begitu berminat membuat penyelidikan kepada alam perubatan tradisional dan perdukunan dengan tumpuan terhadap petua dan amalan-amalan. Ini adalah kesinambungan daripada warisan keluarga beliau yang pernah menjadi dukun diraja pada suatu masa dahulu.

Oleh kerana peluang untuk melanjutkan penyelidikan dalam bidang perubatan agak terhad di dalam negara pada ketika itu, beliau telah memilih untuk mencari ilmu dan pengalaman baru di luar negara, kesempatan bekerja dengan seorang doktor perubatan di Jerman telah membuka peluang untuk mengkaji dan meneliti setiap penemuan yang pernah dilakukan di tanahair. Ketika itulah beliau mula mendalami setiap perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kejadian alam semesta. Apabila pulang ke tanahair, beliau meneruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit yang menjurus kepada konsep komplimentari dan alternatif dan berasaskan sains fizik. Setiap penemuan beliau akan cuba dihasilkan dalam bentuk yang boleh digunapakai atau dipraktikkan sehinggalah beliau berjaya. Kemudian beliau menyusun tesis yg berkisar tentang sel dan tenaga dan memperolehi kedoktoran MD (MA) pada 1998 melalui The Open International University di bawah naungan WHO dan United Nation. Beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis yang bertajuk masa dan sel. Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau melakukan banyak ujian secara klinikal di dalam mengkaji kesan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi serta fizikal serta hubungkaitnya dengan tubuh manusia.

Akhirnya beliau menyedari bahawa setiap penelitian dan praktikal daripadanya perlu merujuk kepada realiti kebesaran penciptaan alam semula jadi melalui asas sains fizik berkonsepkan islamisasi ilmu. Beliau juga memecah kebuntuan alam semula jadi dalam metafizik bahawa kesemua hukum alam dan pergerakan zarah-zarah itu diwakili satu ukuran gelombang yang sebenarnya boleh diukur, dinilai malah boleh ditiru, dirakam dan digunakan semula dalam sebarang tujuan.

Pada awal 1999, beliau mengambil langkah mengasaskan Colour Vibration Therapy setelah menyelidik dan menggunakan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi serta hubungannya dengan penyakit melalui konsep rawatan hidroterapi. Belliau mengambil tindakan berani apabila memperkenalkan konsep rawatan hidroterapi ais sebagai kaedah perawatan penyakit yang pertama seumpamanya di dunia. Ia kini lebih dikenali sebagai Hidroterapi Ais yang sebenarnya lebih menyeluruh dan mantap dalam konteks terapi atau perawatan penyakit malah penjagaan kesihatan. Beliau yakin, konsep ini akan diterima oleh seluruh masyarakat dunia pada suatu hari nanti merujuk kepada keberkesanannya dan signifikan yang begitu luarbiasa. Hasilnya,telah ramai pesakit dengan pelbagai jenis dan ragam penyakit telah berjaya dipulihkan. Beliau meneruskan usaha-usaha penyebaran ilmu dan maklumat berkenaan konsep ini melalui kursus-kursus yang dianjurkan setiap tahun. Beliau juga menubuhkan sebuah institut khusus untuk mengumpul mereka yang berminat dengan konsep perubatan alternatif dari seluruh negara.

Pada tahun 2004, beliau melalui Colour Vibration Therapy mencipta sejarah baru apabila mendapat pengiktirafan fakulti dan gabungan dengan The Open International University for Complementary Medicines. Penubuhan Fakulti Universal Science of Colours tercatat pada 5 April 2004, yang kini sedang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Pada tahun itu juga penganjuran kali pertama konvokesyen Fakulti Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada bulan September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ia disempurnakan sendiri oleh Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines, Prof. Dr. Sir Anton Jayasuriya juga pada majlis Kongres Sedunia di Shah Alam, Selangor, Malaysia pada tahun yang sama.

Hasil daripada pengalaman luas dalam bidang kesihatan, beliau mengemukakan pandangan tersendiri yang lebih unik tentang kehidupan melalui konsep yang dinamai 'Multi-Disiplin Seni Sains Kehidupan Melalui Falsafah Kesihatan' dengan garapan teknologi perubatan yang lebih menyeluruh dan diterjemahkan dalam bentuk falsafah merangkumi aspek keagamaan dan saintifik menerusi berbagai bentuk kebermaknaan kata. Ini adalah manifestasi jurusan kesihatan yang lebih merangkumi segala aspek kehidupan serta berlangsung secara serentak tanpa ada suatu pun yang terkecuali daripada 'keserentakan' hukum alam semesta dan segala penciptaanNya.

Beliau dianugerahkan dengan tahap Emeritus pada tahun 2006 melalui majlis Kongres Sedunia Perubatan Komplimentari di Melaka.

Kini beliau giat meneruskan usaha membangunkan Colour Vibration Therapy dan Fakulti Universal Science of Colours dengan menetapkan visi bahawa semua lapisan masyarakat berhak memperolehi manfaat yang tidak terbatas melalui keharmonian dan keseimbangan tahap kesihatan.

Antara Produk Keluaran Colour Vibration Therapy

Brainy Sugar Energy BSE1234Kids


Kumpulan empat jenis/peringkat formula:

1. Happy Genius - Tahap Spiritual

2. Emotional Quotient - Tahap Emosi

3. Super Smart - Tahap Mental

4. Bold & Brainy - Tahap Fizikal

 
 
Formula ini menerbitkan rangsangan bahagian otak yang paling dasar iaitu nukleus sel-sel yang berkemampuan 'berfikir' sendiri untuk melaksanakan berjuta fungsi di dalam tubuh. Namun sel-sel di otak juga memerlukan tenaga untuk melaksanakan fungsinya maka di dalam hal ini, formula BSE1234Kids amat membantu meningkatkan rangsangan berfikir melalui tenaga yang dibekalkannya dan isyarat gelombang yang dibawa bersama.

Zaman kanak-kanak sepatutnya diisi dengan minat dan gaya berfikir yang matang serta kreatif supaya masanya dapat diisi dengan pembentukan akhlak murni dan bijaksana. Kebijaksanaan emosi adalah amat penting yang perlu diutamakan di samping kecerdasan 'ceria', pintar akal dan juga matang.

Kekuatan berfikir amat berkait rapat dengan struktur molekul yang terbentuk di dalam otak. Kajian mendapati molekul gula tertentu amat bersamaan dengan molekul otak yang sedang berfikir. Apabila akal berfikir, enzim-enzim bertindak manakala asid amino mencari pasangan-pasangan unsur dan hormon dirembeskan. Hasilnya, sistem imun dan antibodi dapat diperkuatkan.

Otak sebenarnya suatu ruangan yang kosong dan tidak seharusnya disempitkan apabila kurang berfikir atau terlalu banyak memikirkan perkara negatif dan tiada kesudahannya, ataupun disebabkan oleh pemikiran yang telah tertutup.

Oleh itu di antara manfaat formula ini ialah, kanak-kanak akan lebih menggunakan akal yang rasional dalam pemikirannya, bagi yang telah dewasa formula ini selain meningkatkan tenaga berfikir positif dan kreatif, ia membantu mengembalikan semula tenaga atau masa yang telah terlepas kepada kedudukan asalnya yang sesuai dalam hukum keseimbangannya, sehingga membantu memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan mengikut level diri.

Kaedah pengambilan:

Bagi setiap tahap formula (1 hingga 4) ambil sebanyak 3 -5 biji setiap satu jam dengan anggaran 9 kali sehari. Sila kemam atau masukkan ke dalam 1/4 gelas air. (Setiap botol dalam tempoh seminggu). Boleh juga melalui proses diagnosis untuk penentuan dosej yang seimbang dengan keperluan tubuh.

**Kenali Produk-produk CVT pada post akan datang.
"Gemilang Bersama Aura Imtiyaz"


Sekian, terima kasih.

Nur Hanisah Afandi,
Perunding Motivasi AITC

No comments:

Share |